> GoPro HERO3 dan Kenapa masuk dalam "wishlist" aku...

GoPro HERO3 dan Kenapa masuk dalam "wishlist" aku...

Posted on Thursday, October 18, 2012 | 1 Comment

Salam teman2 blogger and rakan2 sekalian...Yup,tajuk kat atas dah tahu dah kenapa kamera GoPro HERO3 termasuk dalam wishlist aku...Baru2 ini di San Francisco,Amerika Syarikat.Syarikat Kamera Tahan Lasak GoPro telah melancarkan siri terbaru kamera tersebut...Yup GoPro Hero3 nama yang diberi..

GoPro Hero 3...


Tengok gambar kat atas...Nice kan?..Hero3 mempunyai spesifikasi 30 peratus lebih kecil dan 25 peratus lebih ringan daripada Hero2 sebelumnya, dengan resolusi 4x lebih tinggi dan juga dilengkapi dengan built-in WiFi.GoPro Hero3 Black Edition (gambar di atas) mampu merakam video sehingga 4K res - jika ekorang bersedia untuk menggugurkan framerate ke 15fps - Namun terima kasih kepada processor 2x lebih cepat dari sebelumnya.Kamera ini juga mempunyai dua kali ganda kadar bingkai pada resolusi yang lebih rendah.Ini bermakna mod video 1080p 60fps, 1440p 48fps dan 720p 120fps disokong untuk keperluan merakam video slow motion dan semua kualiti video tersebut dalam bentuk High Definiton(HD).

Contoh video yang dirakam sepenuhnya dengan kamera GoPro Hero3

Jika ekorang mempunyai bajet yang rendah GoPro juga menawarkan GoPro Hero3 Silver Edition dengan resolusi 11MP dan video 1080p 30fps, manakala GoPro Hero3 White Edition dengan resolusi 5MP.Ketiga-tiga versi yang dilengkapi built-in WiFi (tidak memerlukan BacPac dengan kawalan jauh melalui aplikasi yang dikeluarkan di iOS) namun GoPro Hero3 Black Edition disediakan dengan alat kawalan jauh yang mampu mengawal 50 kamera pada satu2 masa sejauh 600 kaki.Ia juga kalis air dengan kedalaman 10 kaki.Alat kawalan jauh GoPro juga akan dijual serendah RM 244(USD 79) bagi kamera Silver dan White Edition(kedua2 kamera ni x disertakan alat kawalan jauh)

Setakat ini harga yang dicadang bagi kamera GoPro Hero3 adalah RM 1236(USD 399) bagi Black Edition,RM 926(USD 299) bagi Silver Edition dan RM 616(USD 199) bagi White Edition


Tengok specs dah tahu acane power x power kamera ni


Ok,bagi aku kamera ni memang kamera yang paling mind blowing dan terhebat pernah aku lihat..Bayangkan kamera sekecil tapak tangan mampu merakam video HD dan x lupa boleh dikawal dengan apps di iPhone mahupun iPad..Kualiti video pulak setanding dengan video2 yang selalu digunakan di DSLR mahupun perakam video HD.. Tambahan pula kamera ini sesuai untuk aktiviti lasak seperti scuba diving,snorkelling,jungle trekking,skateboarding,dan pelbagai aktiviti2 lasak yg mampu ekorang buat..So memang kamera ni masuk dalam wishlist aku,start la kumpul2 duit...Insyallah nak jadi orang pertama kat Malaysia ada kamera GoPro Hero3 ni...Sebelum ekorang kritik apa2,aku cadangkan ekorang tgk dulu video kat atas tu...cantik x cantik kamera ni dan macam mana depa optimize penggunaan kamera ni..


Nak nangis tengok video yang betul2 cantik
Watchin this slow mo effect...uwaaaaahhh


Cakap banyak x guna,start saving duit dan nantikan pelancaran rasmi kamera GoPro Hero3 kat Malaysia nnti..Terima kasih sebab baca dan jangan lupa komen untuk penambahbaikan blog aku..


EXTRA!!

Cute gilaaakk
Kiki The Cat selamat melahirkan dua ekor anak kucing paling comel kat alam semesta ni...Dengan ini saya menjadi seorang bapa sudaahhh yeaayyy...lulzz..Nama anak2 kucing ni Geb Geb ngn Gem Gem..diharap depa semua jadi anak kucing yang baik2 saja..ahahha

Comments:1

Faez Story Sdn Bhd la.... Powered by Blogger.

Pages