Home > June 2012

June 2012

Me and 2012

Monday, June 18, 2012 2

So guys,miss me?...yes korang rindu aku..Dah lama x update blog ni sebenarnya...busy with kerja,bini(actually future bini in making),family stuff and many more...Sedar x sedar sekarang dh pertengahan tahun 2012.Yes pertengahan tahun 2012,adakah azam Tahun 2012 korang dah tercapai samada suku,atau separuh?Seriusly guys,aq x da pun azam 2012 sebab sejak kehilangan mak aq tahu  lepas.Aku rasa hidup aq dh start useless time tu.Hidup x ketentuan,masalah datang satu persatu,sedih x bertempat dan banyak lagi.Seriusly aku x dapat hidup tanpa insan yang bernama IBU dalam hidup aq.

Lepas sebulan arwah mama pergi,aku start living in my own life.Like seriusly hidup sorang2 kat rumah tanpa mengharapkan sesiapa.Thanks to Nestle aku dapat kerja dan bayar segala hutang2 macam bil rumah,telefon,astro,api,air dan pelbagai jenis hutang(seriusly aku dah bosan berhutang).Aku start spending time with my friends.Kiteorang keluar jalan2 pi makan,minum, and other things usually teenageers do.Aku faham kawan2 nak hilangkan rasa sedih dan hiba ni.Tapi entah la,perasaan sedih banyak berduka dalam hati ni(acecece).Btw time ni aku dah start stress dengan kerja aku.Nestle Malaysia Sdn Bhd oh my.....bila tanya orang kerja Nestle ni best tapi hangpa semua x rasa camner perit x perit kerja Nestle ni...80% orang nak kerja Nestle sebab gaji tinggi even aku sendiri dapat gaji 2k above..masyuk x masyuk kerja Nestle ni tapi tekanan yang dialami mampu buat korang hilang akal.Dan itu la sebab2 korang kena tanggung bila kerja Nestle ni...Nevermind la,syukur apa yang ada even kerja ni agak stress kan.Lagipun yang rekomen kerja ni arwah mama jugak.Thanks to her aku dapat meneruskan legasi beliau dalam Nestle.

Bulan kedua dalam tahun 2012,this is the happiest moment in my life yet.Aku jumpa dengan perempuan yang aku rasa she make my life better.

Maaf gambar mata sahaja atas permintaan beliau
Jeng jeng jeng.....Introducing Miss Amani Rahman,the love of my life.Macam mana kitaorang jumpa?Panjang ceritanya tapi bagi aku pendekkan cerita.Pertemuan yang mudah,hanya berkenalan di Facebook kawan2.Yes only Facebook jadi medium perkenalan.First at all nak tackle dia bukan main susah bak hang lama2 hangpa pun tahu camna hati perempuan ni.So diikutkan aku dan SEPET(hehehe sepet) pun keluar on our first date.Seem like kelakar gila time we all keluar tu tapi lama2 dah biasa.X nak cerita banyak2 nnti ada banyak mulut puaka,mambang,makhluk x sedar diri kutuk mengutuk diri hamba ni.


Bulan ketiga tahun 2012.....Ouh,my life starting feel senang dengan kemewahan dunia dan mula alpa lupa.Urghhhh..bulan ni start memalaskan diri dengan kerja x siap,kerja sambil lewa,kerja ntah apa apa.Bulan ni aku banyak mengular dengan pi tempat2 yg penuh dengan maksiooottttt.Seriusly what happen on the previous life mang...Maka berdiam lebih baik dari terkantoi.Im so useless in this time of month.

Bulan keempat dan kelima tahun 2012....Kehidupan semakin hari semakin senang..Kemewahan dunia dan buat aku lupa tentang tanggungjawab di dunia dan akhirat.Kerja kerja kerja semakin lewa.Solat semakin hari semakin banyak ditinggalkan.Apa tujuan hidup aku didunia ini?Adakah aku layak selayaknya diterima di syurga Jannatul Firdausi yang dijanjikan Allah pada hamba-hambaNYA.Sedikit demi sedikit kesusahan dialami..Pergaduhan dengan Miss Amani Rahman yang hampir mengakhiri hubungan yang sudah terjalin sekian lama.Pencapaian kerja tidak memuaskan yang membuatkan aku benar2 tergugat.Jalinan sillaturahim di antara kawan2 yang semakin jauh.Tak lupa juga hubungan antara keluarga yang semakin hari semakin dilupakan.Apa aku dah lupa janji aku terhadap arwah mama yang nakkan aku jaga adik2 aku.Menjadi seorang abang yang bertanggungjawab.Sungguh banyak dosa yang tak terkira aku telah lakukan di muka bumi ini.

Conclusion....setelah mengharungi 6 bulan pertama di tahun 2012..Banyak suka duka,tangis ketawa,pahit manis yang telah aku harungi..Kehilangan arwah mama banyak menjadikan aku seorang berdikari dan bertanggungjawab.Keluarga dan sahabat andai banyak membantu dalam kehidupan aku seharian.Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada semua.Tidak lupa juga kepada Miss Amani Rahman yang banyak membantu,menasihat,memberi semangat,motivasi kepada diri aku yang serba kekurangan.Sesungguhnya diri ini banyak serba kekurangan.Moga tahun 2012 ini dapat diakhiri dengan sebaik2nya.Insyallah...mari akhiri tahun 2012 ini dengan penuh kejayaan!!!Ayuhhhh!!!!

The Ahcongs,depa ni banyak teman aku time susah dan senang.Love u guys!!!

My lil Sis and Bro..The only i have..:)

Thats all guys...Enjoy the rest of the year...Sekian from me Faez Luqman..yg baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri sendiri..Sekian Assalamualaikum dan Bye bye...


Faez Story Sdn Bhd la.... Powered by Blogger.

Pages